Pelajaran Quran dari Masbah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Masbah Madon
Ia merujuk kepada Halaman halaman 440
Apakah pelajaran?
Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah yang diberikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran (seperti kita tercium bau biscut sedap di airport dan kita ikut bau itu – ini yang kita nak ikut – dapat signal kita ikut) serta ia takut melanggar perintah Allah semasa dia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan (tak nampak Allah dan tak nampak kesan perbuatan kita yakni syurga pahala itu kita tak nampak tapi kita rasa takut). Kenapa kita kena takut pada yang maha penyayang, kerana kita tak nak kurang kasih sayang dari yang maha penyayang – orang ini lah yang akan mendapat manfaat dari al-Quran – orang beginilah – berikanlah berita yang menggembirakan kepada mereka dengan keampunan dan pahala yang mulia (36:11)