Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Ali ‘Imran, halaman 63, juzuk 4, ayat 103 (4:103)
Apakah pelajaran?
Ayat 103: Berpegang Teguh Dengan Tali Allah.\n Dalam ayat ini Allah menyeru saya dan orang-orang beriman supaya bersatu, berpegang teguh dengan tali Allah iaitu al-Quran. Walaupun berbeza pendapat, pemikiran dan kefahaman, janganlah kita berpecah- belah atau bercerai-berai kerana ia akan melemahkan kekuatan, menambah pemasaalahan dan mungkin mengundang kekalahan dan kebinasaan. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan nikmat dan iman untuk menyelamatkan kita daripada tegelincir kedalam api neraka. Justeru itu kembalilah kita berpegang pada tali Allah yang satu, dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk keselamatan dunia dan akhirat. (Ali ‘Imran, 4:103)