Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Ali ‘Imran, halaman 67, juzuk 4, ayat 138(4:138).
Apakah pelajaran?
Ayat 138: Al-Quran Sebagai Petunjuk Dan Kebesaran.\n Allah SWT menjelaskan kepada saya atau kita sebagai hamba-Nya bahawa al-Quran menunjukkan tentang Kebesaran, Kekuasaan, Keagungan Allah SWT. Al-Quran juga merupakan risalah yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk saya dan semua manusia supaya sentiasa patuh kepada Allah SWT untuk berada dijalan lurus dan redha-Nya. Justeru itu sama-sama kita membaca, memahami dan mengamalkannya supaya kita menjadi hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. (Ali ‘Imran, 4:138)