Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Ma’idah, halaman 120, juzuk 6, ayat 74 (6:74)

Apakah pelajaran?
Ayat 74: Allah SWT Maha Pengampun Bagi Mereka Yang Bertaubat.\n Sebagai hamba Allah yang lemah kita selalu melakukan dosa, samaada dosa besar atau kecil terhadap Allah SWT. Justeru itu segeralah memohon keampunan kepada Allah SWT, kerana Allah Maha Pengampun, kecuali dosa syirik. Namun Allah SWT Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Seandai kita terjebak dan tersilap langkah dengan melakukan dosa- dosa tersebut, bersegeralah bertaubat dengan penuh keikhlasan hati, menyesal dan meninggalkan terus perbuatan tersebut serta berazam tidak akan mengulanginya lagi. Semoga kita tidak kekal dalam kesesatan, tetapi tetap yakin apa yang sedang dilalui adalah kebenaran yang nyata. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. (Al-Ma’idah 6:74).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.