Tadabbur Ringkas Surah surah ali-imran ayat 7
Ini ialah dari Nurul – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah surah ali-imran Ayat 7
Hanya Allah yang menurunkan kitab yakni Al-Quran kepada manusia. Di dalam al-Quran terkandungnya ayat muhkamat dan mustasyabihat. orang yang hanya menerima ayat mustasyabihat cenderung untuk melakukan kesesatan yang mana pada akhirnya nanti mereka akan melakukan fitnah dan memberi pandangan yang salah. Sedangkan hanya Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu di dunia ini yang nyata mahupun yang ghaib. Tetapi bagi orang yang tinggi ilmu pengetahuannya akan beriman kepada ayat mustasyabihat dengan cara tidak membuat sesuatu pandangan baharu atau takwil yang salah kerana dia yakin itu semua adalah dari Allah.
Tazakkur
Hanya orang yang berakal fikiran sahaja yang dapat mengambil pelajaran daripada ayat-ayat ini.
Jazakallahu khairon atas perkongsian ini <3