Tadabbur Ringkas Surah Luqman ayat 16
Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Luqman Ayat 16
Berkata lukman kepada anaknya : Wahai anakku, sungguh amalanmu akan ditimbang walaupun kecil seperti debu di bawah batu besar atau sekecil apapun amalanmu baik di langit mahupun di bumi, tak akan pernah luput dari Allah; Bahkan Allah akan mendatangkan amalan tersebut dan Allah akan hisab atas amalanmu. Sungguh Allah maha lembut kepada hambaNya, maha kuasa atas amalan-amalan hambaNya.
Tazakkur
Peringatan, sesungguhnya Allah Maha melihat setiap sesuatu perkara yang kita lakukan. Maka, berhati-hatilah dalam setiap amalan, kerana itu semua akan dihisap di akhirat kelak.