Tadabbur Ringkas Surah Al khautar ayat 1-3
Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al khautar Ayat 1-3
Dalam surah ini, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan umatnya supaya menunaikan solat yang wajib mahupun sunat dengan penuh keihklasan hanya kerana Allah SWT. Setiap ketaatan terhadap perintah Allah dilakukan untuk mendapat keredhaanNya tanpa mensyirikkan Allah dengan yang lain.
Tazakkur
setiap amalan yang kita lakukan dikehendaki dilakukan dengan seikhlasannya hanya kerana Allah. Setiap perbuatan serta tindakan yang dilakukan hendaklah berpandukan kepada al quran dan al hadis agar kita tidak terpesong dari ajaran agama yang sebenar.