Tadabbur Ringkas Surah Al-Zumar ayat 9
Ini ialah dari Nurul – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al-Zumar Ayat 9
Stail surah ini adalah Allah ﷻ akan bertanya kepada kita, tetapi Allah ﷻ tidak memberikan jawapannya kepada kita supaya kita boleh mencari jawapan itu sendiri. Kita kena fikirkan dalam-dalam.
Dalam ayat ini, Allah ﷻ membandingkan seorang yang beribadat pada malam hari dengan orang yang sifatnya telah diterangkan sebelum ini. Ketika senang, mereka tidak ingat Allah ﷻ tetapi apabila susah, barulah kelam kabut hendak membuat ibadat.
Tazakkur
Oleh itu, ayat ini mengajar kita bahawa dalam kehidupan kita, hendaklah kita ada rasa takut kepada akhirat. Sentiasa kita ingat bahawa kita akan mati dan akan dibangkitkan kelak. Kalau kita rasa senang hati sahaja, tentu kita tidak bersungguh dalam beramal ibadat dan menjaga agama kita.