Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah Yussuf ayat 111

Ini ialah dari Nurul – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah Yussuf Ayat 111
setiap kisah nabi itu mempunyai pengajarannya yang tersendiri.. Kisah ini adalah nyata dan bukan direka-reka..Orang yang berakal fikiran akan menjadi kan kisah nabi dan umat terdahulu sebagai iktibar kerana ia mengesahkan cerita dahulu yang diturunkan sebelum al-Quran.. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata memberi keterangan kisah terdahulu sahaja, malah Al-Quran adalah petunjuk jalan yang benar untuk manusia semoga manusia beroleh hidayah daripadanya. 😊

Tazakkur
Al-Quran memberi rahmat kepada orang yang beriman dengannya.. Oleh itu, kita sebagai manusia yang berakal fikiran seharusnya membaca Al-Quran setiap hari dan mempelajari segala isi yang terkandung di dalamnya untuk dijadikan iktibar dan diamalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.