Pelajaran Quran dari Rohanah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rohanah Mohd Yasin
Ia merujuk kepada halaman Ms 326
Pelajaran:
Ayat ini Allah mengingatkan saya bahawa Dia telah menurunkan al-Quran yang penuh dengan keberkatan. Allah menanyakan kepada saya adakah saya mengingkarinya?\nSetiap soalan yang Allah kemukakan mesti ada jawapan dan ada bukti pada jawapan itu.\n\nSaya JELAS menyatakan saya tidak mengingkari segala peringatan yg terkandung didalam al-Quran dan sebagai buktinya saya mestilah sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sentiasa berusaha mencari dan memahami segala peringatan- peringatan yang terkandung didalamNya dalam setiap urusan kehidupan saya.\n\nAllah menyatakan bahawa al-Quran adalah peringatan yang penuh berkah. Penuh dengan kebaikan yang melimpah ruah dan tidak pernah putus. Jaminan siapakah lagi yang saya hendak percaya selain jaminan Allah?\n\nYa Allah ya Rahman Ya Rahim ya Qawiy ya Matin Semug