Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Sambungan surah Al-Nisa’ halaman 101, juzuk 5, ayat 145 (5:145)
Apakah pelajaran?
Ayat 145: Tempat Orang Munafik di Neraka Paling Bawah.\n”Sesungguhnya, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada peringkat yang paling bawah daripada neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (Al-Nisa’ 5:145)\nMenerusi ayat ini, Allah SWT memberitahu kita semua bahawa ancaman keras terhadap orang-orang munafik diatas perbuatan yang mereka lakukan dan tiada siapa pun yang dapat menolong mereka. Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang munafik akan dihukum dan diseksa oleh Allah SWT di akhirat nanti dengan balasan yang sangat berat. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka yang paling bawah dan terhina. Mereka pasti tidak akan terlepas daripada azab neraka dan kekal didalamnya, justeru tiada siapa pun yang boleh menolong mereka. Sebagai orang mukmin yang benar