Mula-mula kawan, lama-lama jadi……

Teman-teman = golongan yang kita percayai dan adakalanya  bergantung harap. Apa-apa nasihat yang diberikan akan diterima dan dilaksanakan semampunya.
Semakin banyak kepercayaan dicurahkan, semakin kuat ikatan kebergantungan. Sampai suatu ketika, segala apa yang dikatakannya diikuti langsung, automatik. Bagaimana seandainya teman yang dipilih itu bukan berada di atas kebenaran?

Syaitan memulakan salam perkenalan dengan berbisik-bisik, muncul dan hilang, berkali-kali penuh sabar, mengajak manusia terpesong dari jalan yang lurus. Usahanya begitu halus, tidak terus langsung kepada sasaran kerana dia begitu mengerti psikologi manusia.

Manusia punyai akal, punyai fitrah. Paling tidak fitrah itu akan ber’suara’ tatkala adanya kemungkaran yang dibisik-bisikkan secara langsung. Lantas syaitan tidak secara mudah memaksa manusia ke arah kemaksiatan. Sebaliknya, dia mengajak, memimpin manusia mendekati dan terus mendekati kemaksiatan.

“Ni tak salah lah. Lagipun semua orang buat.”

Dan manusia yang hidupnya tiada  Al-Quran memang tidak memiliki hujah dan rasional untuk melawan hasutan syaitan. Sebab memang “tak nampak salah pun..Haram ke?”

Wahai anak-anak Adam, ingatilah kisah terdahulu, tatkala manusia masih menjadi penghuni syurga. Siapa yang membuatkan Adam & Hawa berfikir apa yang dilakukan itu “tak salah”? Sekadar mahu mendapatkan tiket menjadi penghuni syurga selama-lamanya? [7 : 22]

Mula-mula, kawan je. Jadi dia main bisik-bisik, tipu-tipu, acah-acah..kadang-kadang manusia ikut, kadang-kadang tak. [12 : 42  ,  4 : 119 , 15 : 39 , 17 : 53 ]

Setiap kali manusia memberi peluang ketaatan kepada hasutannya, ketika itu syaitan memperoleh sedikit kekuasan ke atas manusia.. Tatkala manusia memberi ketaatan yang lebih lagi, syaitan memperoleh kekuasaan yang lebih lagi. Sampai suatu ketika, syaitan berkuasa penuh ke atas manusia. Ketahuilah, bilamana itu berlaku, syaitan bukan lagi kawan, tetapi dia telah menjadi tuhan. Tak perlu lagi main bisik-bisik, acah-acah ni. Cukup dia memberi arahan, bagi command, dan manusia terus langsung ikut tanpa rasa dapat mengendalikan diri sendiri.

Selepas dia takut-takutkan manusia dengan kemiskinan, dan manusia pun terpedaya, memilih untuk kikir, ketika itulah dia boleh bagi arahan, secara terus untuk melakukan fahsya’.. Dan manusia yang telah mempertuhankan syaitan, akan mendapati dirinya helpless.. ikut je. Apatah lagi apa yang disuruh syaitan itu sentiasa yang dicintai hawa nafsu..

“Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kamu ketika terjadi pertemuan (pertempuran) antara 2 pasukan itu sesungguhnya mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan sebahagian kesalahan (dosa) yang telah mereka perbuat (pada masa lampau), tetapi Allah benar-benar telah memaafkan mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.”

Ali-Imran, 3 : 155

Kita ni hamba Allah. Bukan syaitan.

Andai benar menjadi hamba Allah, Allah janji, Allah takkan membiarkan kita “hanyut”.

Sesungguhnya kamu (iblis) tiada kuasa atas hamba-hambaKu kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat.

Al-Hijr, 15 : 42

Waspadai sekecil-kecil dosa dan maksiat. Semuanya adalah seakan-akan “undi” kepada kekuasaan pemerintahan syaitan. Dan kunci terlepasnya kekuasaan syaitan dari manusia adalah ikhlas (15 : 40) dan tawakal ( An-Nahl : 99 ).

One thought on “Mula-mula kawan, lama-lama jadi……

  • March 29, 2017 at 8:26 am
    Permalink

    Peringatan pada diri sendiri persoalan “kita berkawan kerana nafsu @ kita berkawan kerana Allah?”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.