Tadabbur Tazakkur

Ultimate Weapon

Ultimate Weapon

Globalisasi ini, pertempuran dan peperangan merupakan perkara yang berlaku sejak dahulu lagi dimana dua pihak akan bertempur menggunakan senjata-senjata untuk memenangi sesuatu peperangan.

 

Zaman ini pelbagai senjata telah diciptakan untuk membantu pihak tertentu untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka ketika dalam peperangan. Antara senjata yang tercanggih adalah:

 

  1. Magpul FMG-9
  2. Corner Shot 40mm Grenade Launcher
  3. Matador Rocket Launcher
  4. Armatix Digital Revolver
  5. KAC M110 Sniper Rifle
  6. XM25 Grenade Launcher
  7. Beretta LTLX 7000 Shotgun
  8. M32 Multiple Grenade Launcher
  9. HK M320 Grenade Launcher
  10. Barrett MRAD .388 Sniper Rifle

 

Senjata di atas semestinya dapat memusnahkan pihak musuh dengan sangat pantas dan meluas jarak tembakannya.

Mana-mana negara yang menggunakan senjata yang berteknologi tinggi ini akan digeruni oleh negara-negara yang lain.

Untuk pengetahuan anda, terdapat senjata yang lebih hebat berbanding senjata-senjata moden tersebut.

 

Apakah senjata yang hebat itu?

 

Negara mana yang memiliki senjata sebegitu?

 

‘The true and the ultimate weapon is speech’

 

‘Speech’ bermaksud ucapan, kata-kata, cakap,tutur, bicara, titah,lafaz, sebut,syarah dan bahas.

Kata-kata tidak bererti membunuh mangsanya dalam peperangan. Sebenarnya, kata-kata dapat mempengaruhi orang lain dalam melakukan sesuatu yang disampaikan oleh orang yang memberikan ucapan.

 

Mengikut sejarah arab, ucapan ataupun syair merupakan sebahagian hidup dalam masyarakat arab. Syair dan ucapan ini menjadi aktiviti harian orang-orang pra islam pada waktu tersebut. Majoriti daripada syair dan ucapan itu bertemakan kesukuan bangsa arab. Syair pada waktu itu boleh menjadi senjata yang mampu membuatkan kehendak manusia berdebar, tersanjung dan memuji sehingga orang yang mendengarnya terbuai-buai.

 

Jika ucapan atau kata-kata yang diberikan membawa perkara negatif kepada pendengar, ini boleh membawa kepada kejatuhan atau kehancuran terhadap individu, kumpulan dan juga organisasi.

 

فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

(Yasin 36:76)

 

Berdasarkan ayat diatas, Allah SWT berpesan kepada Rasulullah SWT agar tidak berduka cita disebabkan kata-kata yang dilontarkan kepadanya. Ya, sememangnya kata-kata yang negatif dapat melemahkan semangat seseorang dalam memperjuangkan sesuatu. Ini dapat dibuktikan bahawa Allah SWT juga memberikan peringatan kepada hamba-hambanya yang lain agar berhati-hati dengan senjata yang amat berbahaya ini kerana ia boleh membuatkan prestasi diri individu, kumpulan dan oraganisasi terbabas daripada sasarannya yang benar dan lurus.

 

Selain itu, ayat diatas juga menyatakan bahawa segala yang dikatakan oleh mereka (orang yang mengingkari perintah Allah) adalah tidak benar dan ianya hanyalah dusta. Mereka berlaku sedemikian adalah untuk membuatkan diri mereka rasa selamat dan benar kerana mereka tidak boleh menerima kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT.

 

Sebagai seorang mukmin yang menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menyampaikan kebenaran janganlah merasa jatuh kerana segala-segala anasir jahat akan dihancurkan oleh Allah SWT.

 

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

(Al-Fil 105:5)

 

Ayat diatas menceritkan kisah-kesah tentera Abrahah yang mempunyai anasir-anasir jahat untuk menjatuhkan kebenaran manakala Allah menghancurkan mereka sehingga berkecai.

Surah ini juga membuktikan bahawasanya benar yang anasir jahat ini akan dihancurkan sesuai dengan temanya yang menyatakan bahawa tipu daya kejahatan itu adalah lemah.

 

Maka bagi sesiapa yang menjadi mangsa kuatkanlah diri mereka menghadapi kecaman anasir jahat manakala yang berniat untuk melakukan anasir jahat, fikir-fikirkanlah!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.