Tadabbur tazakkur level I dan II
” Saya takut nak tadabbur. Dah la pandai setakat level satu je”
.
Luahan kenalan ketika program BDQ sesi lepas. Di sini, saya suka untuk berkongsi contoh tadabbur tazakkur level I dan II, enshAllah menggunakan teknik tadabbur tazakkur AIS dan 3P1R. Teknik, ia akan semakin dikuasai dengan sentiasa berlatih dan mengaplikasinya.
Ayat pilihan saya:
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) (al-Hijr, 15:3)
Tadabbur A (Allah) Sebelum dan selepas
– Orang kafir berharap supaya mereka menjadi Islam, dan meyakini Allah biarkan mereka (orang-orang kafir) makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan.
Tadabbur I (Ibadah)
– Sebagai hamba, perlu waspada kepada makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalikan oleh angan-angan, kemudian nanti akan mengetahui kelak akibat perbuatan.
Tadabbur S (Sirath)
-Cara hidup saya, perlu jaga-jaga kepada makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dari dilalaikan oleh angan-angan, kemudian nanti saya akan mengetahui akibat perbuatan.
Tazakkur A
- (P1)
– INGAT!, Wan perlu yakin bahawa Allah dah jadikan Wan Islam. Jangan terlalu leka dengan dengan makan-makan dan senang-lenang. - (P2)
-Leganya saya, Allah dah jadikan saya Islam, muslim saya hanya perlu lebih waspada dengan senang-lenang dan tidak dialalaikan angan-angan. - (P3)
– Saya jelas selepas ini, perlu sentiasa beringat-ringat. Jangan terlalu leka dengan makan-makan sahaja, dan jangan senang lenang dan tidak dilalaikan angan-angan. - (R)
– Ya Allah, saya selalu lalai dan leka. Sya takut bantu saya untuk sentiasa ingat, waspada dari makan-makan dan senang lenang dunia.
Tazakkur I
- (P1)
-INGAT! Wan, jangan terlalu berleka-leka kehidupan ni dengan makan-makan dan senang lenang je. Nanti, wan akan ketahui akibat dari perbuatan itu! - (P2)
-Leganya saya, jika saya cuba untuk wasapada, tak terlalu leka dengan makan-makan dan senang lenang kehidupan dunia, saya juga ketahui akibat dari perbuatan itu, semoga Allah terima amalan saya - (P3)
-Saya semakin jelas, lepas ini saya akan sentiasa perlu berwasapada. Jika ada kelas-kelas al-Quran dan ajakan makan-makan dan suka-suka, saya perlu utamakan ke kelas quran berbanding ke tempat yang suka-suka. - (R)
-ya Allah, kuatkan langkahku sebagai hamba. Aku sentiasa dilalaikan dengan angan-angan, makan-makan, senang lenang dunia. Aku tak kuat menghadapi seronok dunia tanpa Engkau, ya Aziz.
Tazakkur (S)
- (P1)
-Ingat, saya tak boleh terlalu leka dengan kawan-kawan yang suka makan-makan dan suka akan kesengan dunia serta kawan-kawan yang suka dilalaikan dengan angan-angan. - (P2)
-Leganya, jika saya cuba ubah cara hidup ini dengan tidak terlalu berkwan sehingga terleka dengan makan-makan dan kesenangan dunia. - (P3)
-Saya jelas, memilih cara hidup iaitu pertamanya akan pilih kawan yang tak terlalu leka dengan makan-makan dan lalai dengan kesenangan dunia. - (R)
-ya Allah, bantu saya memilih cara hidup yang baik. Supaya saya tak terlalu leka dengan makan-makan sahaja. Tak leka dengan kesenangn dunia dan angan-angan kosong. Sebab saya nak jadi hambaMu yang baik, ya Roheem.
Semoga interaksi kita dengan al-Quran semakin hari semakin erat, menyubur kebun cinta kepada Tuhan.