HULURKANLAH TALI ITU DAHULU
Nama surah dan no ayat
2) Al-Baqarah 286 : Ayat 245
Artikel ini ditulis oleh Norzalyana
Coretan untuk diri ini..
Kring.. Kring..
“Assalamualaikum. Pn Murni. Saya dari hospital KPJ Shah Alam nak maklumkan bil hospital puan, RM4500 insurans tak cover. Boleh minta puan buat bayaran ke hospital?”
Allah, runsing rasa hati. Minta penjelasan daripada pihak insurans katanya, ‘injection’ tersebut hanya di ‘cover’ untuk ‘admission’. Mana nak cari jumlah sebesar itu? 😭😭
“Abang macam mana? Kita takde duit nak bayar cash sebanyak tu untuk hospital.” kata Pn Murni kepada suaminya.
“InsyaAllah sayang, banyakkan solat, berdoa dan meminta. Pasti Allah lorongkan. Pasti Allah mudahkan. Kerana hanya dia yang tahu mampu tak mampu kita. Banyakkan bersyukur dan terus bersyukur.” kata si suami dengan tenang melayan runsing isteri tersayang.
“Allah abang. Maafkan sayang. Ya Allah, ampunkan aku yang tidak mensyukuri nikmatMu.” rintih insaf Pn Murni.
Hari menjelang hari. Masih belum nampak lagi kebolehan melangsaikan hutang tersebut. Namun, tiada lagi keluhan yang keluar walau kebimbangan menghantui. Yakinkan hati pada ALLAH yang Maha Kuasa. La haula wala quwwata illa billah.
Kring.. Kring..
“Assalamualaikum Pn Murni. Kami dah semak rekod puan. Ada ‘injection’ puan yang belum diambil di sini. Jumlahnya sama dengan jumlah yang puan perlu jelaskan. Saya minta izin untuk saya kontra kan jumlah. InsyaAllah boleh clear.”
Subhanallah. Allahu akbar. Allah Maha besar, Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Rezeki tak pernah salah, kerana ianya tiba tepat pada waktunya dan tepat pada jumlahnya. Tiada apa yang mampu dilafazkan selain syukur beriringan titisan air mata.
Esoknya, satu kiriman mesej wasap masuk.
“Pn, berita baik. Cuba tengok emel. Permohonan kita untuk pengurangan bayaran 2 tahun lepas diluluskan. Dari RM1800++ menjadi RM200.”
Allah, sekali lagi.
Allahu akbar.
Allahu akbar.
Allahu akbar.
Nikmat apakah lagi yang ingin didustakan. 😭😭😭 Betapa baiknya Allah pada setiap hambaNya. Allah tahu bila, berapa dan bagaimana ingin diberikan. Hanya kita sebagai hamba, letakkan keyakinan, usaha dan serah sepenuhnya kepada Allah. Allahu Rabb.
“Abang, sayang tak tahu nak cakap macam mana. Baiknya Allah bantu kita. Sayang tak sangka Allah bantu sampai macam ni. Padahal sayang selalu lupa nk bersyukur, lalai.” tangis adu Pn Murni kepada suaminya.
“Alhamdulillah ala kulli hal. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan sebaik-baik penyelesaian buat isteriku. Teruskan amalan infaq yang sayang dah mula istiqomah tu ye. Moga-moga ianya menjadi tali bantuan Allah saat kita memerlukan. Teruskan bersangka baik dengan Allah, ye sayang. Moga Allah redha hidup sayang dunia akhirat.”
“Terima kasih, abang. Sayang sayang abang lillahitaala.”
============================
Sesuatu yang tidak dijangka, rezeki Allah yang hadir dalam pelbagai keadaan dan bentuk. Saham kita yang sebenarnya adalah saham infaq kita. Infaq yang akan menjadi kebun-kebun kita di syurga Allah.
Bukan mudah nak infaq. Dengan ego yang merasakan duit itu milik kita. Dengan bisikan yang menyatakan ‘kalau bagi nanti makin kuranglah duit’. Dengan nafsu yang nak memiliki bermacam-macam kehendak.
Allah..
Rasulullah adalah insan yang paling banyak memberi infaq. Setiap yang meminta pasti diberi tanpa soal.
Kita? Duduk berprasangka. Betul ke? Sindiket kot. Tipu kot ni. 😭😭😭 Allah. Penyakit hati berputik2 hitamnya. Astaghfirullah.
Namun, dalam Surah Ar-Ra’d 13:26 :
ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا مَتَٰعٌ
Allah MEMEWAHKAN REZEKI bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang MENYEMPITKANNYA. Dan mereka (yang ingkar): BERGEMBIRA dengan KEHIDUPAN DUNIA, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah KESENANGAN yang KECIL dan TIDAK KEKAL berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
Seronok di dunia ini kecil dan tidak kekal. Tapi itulah yang kita kejar hingga sanggup melayan ego, nafsu, bisikan dan prasangka sehingga kita menolak untuk memberi dan berkhidmat. Allah.. Walhal Allah menjanjikan yang lebih baik di akhirat.
Infaq adalah pelaburan kita di sana. Tak nampak di sini secara material tapi Allah pasti melipatgandakan di dunia dan di akhirat. Lawan diri, nafsu yang menghalang kita untuk memberi dan berkhidmat. Kata Allah dalam surah Al-Baqarah 2:245 :
مَّن ذَا ٱلَّذِى يُقْرِضُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضْعَافًا كَثِيرَةًۚ وَٱللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan PINJAMAN KEPADA ALLAH sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah MELIPATGANDAKAN BALASAN dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang MENYEMPIT dan Yang MELUASKAN (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Allah… Apa lagi yang nak dibimbangkan, wahai hati Zalyana? Pemilik segala rezeki, pengurnia rezeki menjanjikan akan melipatgandakan rezekinya ke atas mereka yang IKHLAS MEMBERI DAN BERKHIDMAT KEPADANYA.
Maka, infaq sahajalah dengan ikhlas. Walau sedikit, tetapkan istiqomah. Khidmat sahajalah dengan yang terbaik. Walau percuma pasti gantiannya lebih indah. Subhanallah. Maha suci Allah.
Ya Allah, aku hambaMu yang tak punya apa-apa. Pilihlah aku menjadi hambaMu yang istiqomah infaq demi jihad kepada ummah. Jadikanlah aku hambaMu yang kuat dalam melawan nafsu duniawi. Amin amin amin.