Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah Ar-Ra’du ayat 24

Ini ialah dari Fareezuan – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah Ar-Ra’du Ayat 24
Salam yang diberi dalam ayat ini mungkin dari Allah atau malaikat atau juga dari keluarga mereka yang menyambut datang orang yang masuk ke syurga.

Ucapan salam itu melambangkan tahniah kepada orang-orang yang sabar dalam menegakkan agama Allah di dunia pada akhirnya memudahkan perjalanan mereka ke syurga.

Pada akhir ayat ini, Allah menjemput bakal penghuni syurga untuk melangkah masuk ke tempat baru mereka. Tempat yang layak dihuni oleh orang yang bersusah di dunia dan akhirnya mereka dapat berehat di syurga.

Tazakkur
Melalui ayat ini, kita dapat simpulkan bahawa untuk mencapai syurga yang indah dijanjikan oleh Allah itu memerlukan kesabaran yang tinggi.

Orang yang sabar mendapat ganjaran syurga yang indah dari Allah.

Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh dalam beribadah untuk mencapai syurga yang dijanjikan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.