Ali Imran No Surah : 3 No Ayat : 140
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
Ali Imran
No Surah : 3
No Ayat : 140
🍂Tadabbur Allah
Al-Muqtadir Yang Maha Menentukan
🍃Peringatan
Ingat Allah memberi pengajaran dalam kehidupan seharian. dalam keadaan menang @ kalah Allah nak kita belajar untuk dijadikan pengajaran.
🍃Penawar
Leganya saya faham gembira @ sedih ada nikmat sebaliknya.
🍃Petunjuk
Saya jelas untuk bersyukur dgn nikmat saya hadapi.
🍃Rahmat
Ya Allah aku berserah padaMu, pinpinkan hatiku untuk terus bertakwa padaMu.
🍂Tadabbur Ibadat
Terapi ketika silap. Allah meyeru kita org beriman. Sabar!
🍃Peringatan
Ingat klu kita bersalah jgn mengukum sesuatu kerana ada perlajaran yg saya kena belajar.
🍃Penawar
Leganya ujian yang saya hadapi boleh selamatkan saya dari azab neraka.
🍃Petunjuk
Saya jelas untuk bersabar & berdoa pada Allah supaya permudahkan segala urusan.
🍃Rahmat
Ya Allah jangan enkau biarkan aku zalim makluk lain sepertimana engkau kasih pada mereka.
🍂Tadabbur Siraath
Sejarah untuk perbandingan, anggap kekalahan Uhud sebagai adat perang.
🍃Peringatan
Ingat jangan lah kita lupa pada Allah
🍃Penawar
Leganya Allah sayang pada semua ciptaanNya. Allah telah berikan pengajaran.
🍃Petunjuk
Saya jelas ujian mengambil pengajaran dari peristiwa2 yg diajar dalam Al-Quran.
🍃Rahmat
Ya Allah! Engkau hantar tentera2 engkau untuk aku belajar. Sabar & Solat