Mati itu pasti
Bismillahiromanirrahim
🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁
*Mati* *itu* *pasti*
Aal-e-Imran 3:185
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
☘Allah sebut yang bernyawa pasti mati. Maut tidak kenal umur,pangkat dan keadaan. Hidup didunia pasti mati. Tetapi kehidupan diakhirat tiada mati. Kekal hidup selamanya baik disyurga atau neraka..nauzubillah😭
Aal-e-Imran 3:144
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًٔاۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
🍁Dalam ayat diatas merakamkan detik kematian bagi Rasulullah. Iaitu seorang rasul pun pasti mati sama seperti rasul2 terdahulu. Jika saya berada pada masa itu, adakah saya pun percaya yg Muhammad sudah tiada? Sepertinya Umar Al Khattab yg rebah tatkala mendengar kewafatan baginda atau tenang seperti Abu Bakar? Allahuakbar. Tetapi bila datang ketetapan Allah tidak boleh diundur.Perginya Muhammad S.A.W yg akhlak tiada bandingan antara manusia lain.
☘Tetapi Rasulullah meninggalkan wasiat yg agung buat saya. Bukan wasiat harta benda segunung. Bukan pula kereta ataupun tanah2 pusaka. Tetapi yang lebih bernilai iaitu Al Quran sebagai solusi kehidupan hari ni😭.
🍁Apakah saya jadi manusia yg bersyukur Dan menghargai pemberiannya? Ada saya baca selalu? Ada saya kaji sedalamnya? Atau setakat baca time bulan Ramadhan sempena Nuzul Quran?😓
☘Allah tidak rugi apa pun jika saya x tgk Quran. Yang rugi itu siapa?Sayalah. .😭Kenapa nak mempersekutukan manual yg sedia ada?Antara All Quran dan hand phone (mana satu yg dicapai dulu?). Semestinya hand phone sbb is sgt dekat. Hatta nak baca All Quran pun, hand phone disebelah. But credit to phone sekarang, alhamdulilah banyak smartphone yg dah boleh download ayat2 Allah.Inilah short cutnya..kenapa nak cari jalan lain? Kenapa nak memandai sendiri? Guna waze pun belum tentu tepat😰
🍁Ya Allah, rezekikan kami untuk memahami ayat2 Mu setiap hari bukan hanya di bulan yg penuh keberkatan Dan keàmpûnan ini, tetapi terus menerus hingga kami menutup mata. Matikan kami dalam agama ini iaitu Islam😭
Aamiin