BENARKAH DUNIA ITU TIADA NILAINYA…..????
BANYAKNYA SURAH YANG MENCERITAKAN TENTANG KEHIDUPAN AKHIRAT
AL-GHASYIYAH 88:1-26(Hari Pembalasan)
Ketika saya membaca surah dan terjemahan ini… saya terasa seperti ada mesej besar yang Allah nak peringatkan saya berkali kali…. Setiap surah yang saya pilih bukan dengan sengaja dicari… tapi mengikut gerak hati… dengan izinnya… tapi semuanya berkisahkan … *Malikiyau Middin* (yang memiliki hari pembalasan) SUngguh benar…Al Fatihah itu adalah ayat yang berulang ulang…
Dari Al-waqiah, A-ala, Al-Ar’af.. dan banyak lagi… termasuklah surah ini..
Membuat saya beremosi (Tazakkur) sebentar dengan situasi ini…
Betapa tiada nilainya DUNIA ini pada Allah… (kalau bernilai… masakan dia Musnahkan…??) Sungguh dunia ini mmg tiada nilai bagi Allah… Malah Allah memperkecilkan kehidupan di Dunia… Ini hanya Platfom Insan untuk beribadah sebagai hamba dan khalifah di mukabumi. Dan Allah memberitahu bahawa dia mempunyai KUASA MUTLAK kepada hari Akhir… maka kenapa insan masih berdegil.. sedangkan kesana kita akan menuju…
Allah! Allah!!…. tak terucap dengan kata-kata sebenarnya… berkali kali Allah bayangkan kehidupan di Akhirat.. dan betapa siksanya… di dunia… kalau di penjara sekalipun… kita masih di beri makan… tapi di sana… Tiada belas kasihan Allah bagi mereka yang di campakkan ke neraka Jahanam sehinggalah keampunan di berikan.. (wallahualam)
Orang selalu kata,”Dunia hendak, akhirat pun hendak juga.”
Bukankah ia berlaku begini… Bila dikatakan janganlah lupakan dunia, sebenarnya mereka melupakan akhirat. Mereka percayakan akhirat tetapi mereka berkata, ”Memang akhirat penting, perlu utamakan akhirat tetapi jangan pula lupakan dunia”. Begitulah selalu yang ulama syarahkan.
Tetapi kenyataannya mereka memperkecilkan akhirat. Kononnya akhirat itu penting tetapi tindak tanduknya mementingkan dunia.
Dan akhir nya… tadabur saya Ringkas untuk Surah ini..
> Allah menceritakan wajah wajah di akhirat serta kedudukan mereka di akhirat Baik Ahli Neraka mahupun Syurga.
> Perintah Allah untuk Manusia melihat akan kejadian penciptaan di sekeliling kita baikdari ciptaan binatang, langit, bumi dan hamparannya agar saya lebih beriman.
> Dan Allah memperingatkan lagi tugas Rasulullah hanya menyampaikan dan tiada kuasa atas setiap sesuatu umat atau hamba yang lainnya.
Tazakkur
Ingat, Rasulullah saw adalah Idola dan Role model terbaik utk kita contohi, telah Rasul kita sampaikan… telah para ulamak juga sampaikan.. malah guru guru kami, sahabat dan ahli keluarga kami akan pesan pesan ini. Mereka tidak ada kuasa dalam mempengaruhi penambahan iman kita, tapi Allahlah yang maha mengetahui dan setiap gerak hati dan nadi kita dibawah keredhaannya…
Saya jelas dan berlapang dada bila menyampaikan dakwah, begitu juga dengan saya… apabila ada merasakan tidak suka ataupun menolak sesuatu dakwah yakinlah kerana Allah yang tidak berkehendak kepada saya. Saya kena bertaubat dan sentiasa memohon Rahmah Allah untuk sentiasa di jalan yang Allah mahu.
Syukur kerana Allah telah memberi clue tentang kehidupan di syurga dan neraka agar saya merasakan betapa hebatnya Allah yang memiliki hari pembalasan tersebut.
Ya Allah.. ampunkan saya ya Allah, tidak Nampak dirimu dalam kerjaya dan peranan saya di Dunia milikmu… berkali kali saya leka ya Allah… tapi jika tidak engkau tuntuni hati kami ini…siapakah lagi yang akan melindungi aku ya Allah… Wahai Allah yang maha pengasih dan penyayang… berikan peluang dan sayangi aku selaku hambamu dan Umat Rasulmu… bimbingi aku Ya Rabb.. aku tak tahu.. hanya engkau yang tahu Rahsia di sebalik semua kejadian ini… Wahai Allah Ya Qudus Yang maha Suci, Ya Sami’ yang maha mendengar.. Ya Mujib yang maha mengkabulkan.. terimalah permintaan hambamu ini…
Aamiin