Doa bukan hanya dengan meminta.

“Boleh tak nak bekukan kelas Quran sem ni?”

-“Kenapa?”

“Tak sempat lah. Ni sem terakhir nak submit thesis. Mengajar kelas Quran perlukan komitmen. Yelah, kena study dulu. Lepas tu ajar pula orang lain.”

-“Rasa tak mampu?”

“Takut tak sempat siap.”

Bila bergantung pada diri sendiri semata-mata, lalai memerhatikan pertolongan Tuhan, tawakal kepada diri sendiri, lalu mudah sekali memilih tindakan yang kurang benar.

“Eh, salah ke apa saya buat?”

Kesanggupan melihat diri sebagai hamba, tak punya apa, lemah segala sudut lalu melabuhkan pengharapan dan pergantungan pada Tuhan, itu hakikatnya kekuatan sebenar seorang insan. Walau sehebat manapun seseorang itu, jika peduli mengakui diri hamba lalu bergantung pada Dia Yang Maha Segala-galanya, bahkan itulah kekuatan sebenar seorang manusia.

Ada manusia, berdoa dengan cara meminta

Dan Tuhanmu berfirman “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu mengabdikan diri kepadaKu akan aku masukkan mereka ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ghafir, 40 : 60

Ada manusia, berdoa kepada Allah dengan cara jual beli

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang pedih? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenarnya. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ‘And. Itulah kemenangan yang besar.

As-Saff, 61 : 10-12

Ada juga manusia, bahkan berdoa dengan cara jihad dan berkorban

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Muhammad, 47 : 7

 

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya.

At-Taubah, 9 : 41

 

***

Cara manusia berdoa, bergantung kepada keyakinan dan kepercayaannya kepada Robb.

Ada manusia lebih yakin dan percaya kepada diri sendiri. Lalu, doa itu dianggap usaha kecil manakala selebihnya difokuskan pada usahanya untuk meraih apa yang dihajati.

Ada manusia, lebih berhajatkan pertolongan Tuhan serta lebih meyakini bantuan Robb. Lalu usahanya dilihat kecil manakala sebahagian besar hidupnya dipenuhi dengan menegakkan agama Tuhan kerana merasakan amat memerlukan Tuhan dan mahu menjemput pertolonganNya.

 

 

Mahu memilih menjadi manusia jenis mana?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.