Petunjuk dan Sumber Kebahagiaan
وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى ٱلۡقُرۡءَانَ مِن لَّدُنۡ حَكِيمٍ عَلِيمٍ ٦
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar telah diberikan Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (an-Naml, 27:6)
Tadabbur:
- Allah telah memberi kepada kamu Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui
- Sebagai hamba, perlu untuk berusaha memahami dan mengambil pengajaran dari al-Quran kerana ia diturunkan dari sisi Allah kepada saya.
- Jalan hidup saya, menjadikan al-Quran ini sebagai sumber petunjuk dan berita gembira (an-Naml, 27: 2).
Tazakkur
Peringatan.
Ingat Wan, al-Quran ini Allah turunkan UNTUKMU secara spesifik. Jangan saya berani-berani nak cari petunjuk lain ketika saya buntu dalam hidup atau saya nak cari sumber kegembiraan lain ketika saya kesedihan.
Penawar
Saya lega, sebab ada rupanya Allah beri sumber untuk saya bahagia dan gembira semasa saya berduka, iaitu lah al-Quran yang Allah turunkan untuk saya dari sisiNya. Special gitu.
Petunjuk.
Sekarang, saya sudah tahu dan jelas ‘waze’ hidup saya. Kalau saya nak jadi bijak dan serba tahu formula untuk hidup kat dunia ni, saya perlu rujuk al-Quran yang diturunkan kepada saya dari Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Rahmah
Allahumma, ya Allah. Saya pohon dengan rahmahMu, saya betul-betul nak jadikan al-Quran ni sebagai petunjuk hidup saya, sumber kegembiraan untuk diri saya. Jangan Allah jadikan saya ni terlalu selesa dengan petunjuk-petunjuk hidup yang manusia beri pada saya. Jangan Allah jadikan suami, ibu ayah, kawan-kawan ultimate kepada sumber kegembiraan hidup saya. Tapi, jadikankan hanya al-Quran yang Allah turunkan khusus kepada saya dari sisiMu sebagai sumber petunjuk dan kegembiraan yang ultimate dalam hidup saya.
Well said, ustazah.
Walaupun tak mudah. Waktu lapang, waktu ok, sungguh mudah seronok menatap Quran.
Mungkin kerana belum diuji amal.
Ketika benar² diuji, kekuatan peringatan itulah yang membentengi. Other wise, jadi macam “lantak kaulah iman” . Sebab tak ingat Quran. Mahu mengenangkan ego.
Moga setiap kita terus membina perisai taqwa agar saat diuji, Iman itu hidup untuk memandu selari petunjuk.