Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

Besar tapi kalah juga jika…

Nama surah dan no ayat
105) Al-Fiil 5 : Ayat 1

Artikel ini ditulis oleh Fazrul

Coretan ini untuk diri…

Dalam hidup ini ada banyak yang besar dan hebat. Namun hakikatnya ia tidak hebat jika ia tidak dipasakkan kepada kebaikan dan kebenaran.

Allah menyatakan:

“Apakah kamu tidak perhatikan kepada tentera bergajah?”

Apa yang ada di sebalik tentera bergajah? Ada kesombongan dan kekufuran untuk menarik perhatian ramai ke Yaman. Agar menjadi pengikut kepada si panglima tentera bergajah.

Orang berbuat baik tidak perlu menarik perhatian orang lain yang juga sedang berbuat baik. Doakan kejayaan orang lain yang sedang buat baik. Kalau orang buat tidak baik, barulah diusahakan untuk mereka bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar. Allah pasti akan menolong kalau kita ingin memperjuangkan tauhid kebaikan.

Apa jadi kalau kita mahu serang orang lain buat baik? Itu tandanya kita tidak baik. Ada nanah dan busuk dalam hati yang menyebabkan kita tidak senang orang lain buat baik.

Ayat pertama Surah al-Fiil ini ialah peringatan untuk saya. Nasihat untuk saya. Agar saya makin yakin, biar kecil manapun kebaikan yang saya laksanakan, saya ada Allah Yang Maha Besar yang membantu. Teruskan kebaikan dalam kelemahan kita tersendiri. Siapalah kita tanpa bantuan Allah.

Apabila Allah sudah membantu, jadilah tentera bergajah yang nampak hebat itu seperti daun dimakan ulat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.