HADIF THE EDISON
Nama surah dan no ayat
55) Ar-Rahmaan 78 : Ayat 3
Artikel ini ditulis oleh Dr Azura
Kisah Hadif yang special, darjah dua pun masih belum boleh membaca.
Masuk tadika dari umur 4 tahun. Setiap kali sesi jumpa guru, mesti dapat komplen. Jadi setiap tahun saya tukarkan Hadif tadika.
Bila masuk darjah satu, Hadif masih tak boleh membaca. Puas kami ajar kat rumah, masih tak berjaya. Akhirnya kami hantar ke kelas intensif. Sampai peringkat dia tak nak pergi sebab katanya cikgu yang mengajar garang.
Tempohari baru Hadif buka cerita. Masa dulu cikgu tak suka Hadif sebab Hadif tak pandai ABC. Jadi kawan pun tak nak friend dengan Hadif. Tapi katanya Hadif tak kisah lah ibu.. (sedih pulak ibu dengar)
Kisah Thomas Edison bila mana sekolah pun tak terima kononnya beliau tak cukup IQ nak belajar. Dan disebabkan ibunya yang sangat positif, Thomas Edison dinobatkan antara insan yang ber IQ luar biasa mencipta lampu.
Saya teringat ceramah Ustazah Norhafizah Musa, penceramah terkenal. Bilamana anaknya tidak pandai mengaji. Sehingga cikgu sekolah tanya emak kerja apa, tak ajar mengaji kat rumah ke?
Bukan sebab Ustazah tak ajar di rumah. Puas di ajar dan marah kat rumah, tapi tak masuk- masuk jugak kat otak. Ustazah kata, beliau malu kalau anak tak pandai mengaji. Padahal emak mengajar orang kt tv.
Sehinggalah suatu hari ustazah diilhamkan Allah satu ayat Al Quran.
‘Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.’
(Ar-Rahmaan 55:2)
Bukan manusia yang mengajar.
Sebenar- benarnya Allah yang mengajar segala sesuatu.
Manusia tiada daya upaya.
Lahaulawalaquwwata Illa Billah.
Allah Ya Nur Ya Alim yang membuka hati dan memberi cahaya ilmu.
Dari situ Ustazah sudah tidak garang dengan anaknya yang satu tu. Anak yang lain tiada masalah. Ustazah ajak anaknya berdoa bersama- sama mohon Allah mudahkan proses belajar mengaji.
Alhamdullilah, anak Ustazah sekarang sangat cemerlang dalam proses menghafaz Al Quran. Masya Allah.
Sambung balik kisah Hadif. Rupanya Hadif ada sindrom disleksia menyebabkan Hadif lambat membaca dan susah nak fokus untuk belajar.
Serahkan kepada Allah Ya Baari’ yang maha menguruskan kerana segalanya adalah dengan izinNya.
Jadi apa yang saya buat sekarang ialah minta Hadif sentiasa berzikir.
Allahumma
Ya Nur – Yang Maha Cahaya
Ya Hadi – Yang Maha Membimbing
Ya Haq- Yang Maha benar
Ya Alim – Yang Maha Mengetahui
Ya Hakim – Yang Maha Bijaksana
Ya Rashid – Yang Maha Cerdas
Mohon Allah masukkan cahaya Ya Nur ke dalam hati Hadif. Mohon Allah Ya Alim alirkan sedikit kebijaksanaanNya menjadikan Hadif insan cemerlang dunia dan akhirat.
Cita- cita Hadif nak jadi youtuber.
Ibu pesan, jadilah Youtuber yang berdakwah. Menyebarkan agama Allah dan cahaya akhlak Rasullulah. Rahmatan Lil Alamin.
Mohon bantu doakan.