Solusi dari Surah 31) Luqman : 13

Solusi ini dikongsikan oleh Noraini Adnan

Nama Surah:
31) Luqman: 13

Solusi:
Allah telah menunjukkan cara untuk memberi pelajaran kepada anak di mana perkara pertama dan utama yang perlu dititikberatkan ialah Jangan Sesekali Menyekutukan Allah.Didik anak mengagungkan Allah dengan mengukuhkan akidah anak-anak bagi membentuk IMAN(31:13).
Allah juga memerintahkan supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa dan menyuruh kita bersyukur kepada-Nya dan kepada kedua orang tua kita (31:14).
Kepentingan solat ditekankan dan diperintahkan untuk berbuat kebaikan dan melarang berbuat perkara mungkar serta bersabar di atas segala apa yang menimpa termasuklah bersabar dalam usaha menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa (31:17)
Perlu diperhatikan cara dan kaedah teguran Luqman terhadap anaknya dengan menggunakan panggilan yang baik.

Rujukan:
Al-Quran

Cabaran:
Cabaran mendidik anak pada masa kini dalam usaha mengukuhkan akidah dan membentuk iman mereka di zaman yang serba mencabar ini.

Kategori:
Kekeluargaan – Penjaga & Anak, Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.