Cabaran

Cabaran: Pergaulan Bebas Media Sosial

Ringkas: Pergaulan Bebas Media Sosial

Penerangan: Bagaimanakah untuk memberi perasaan malu dan takut kepada semua orang ketika berhubungan di dalam media sosial? Penyakit ini bukan sahaja merosak individu, malah masyarakat bila banyak institusi kekeluargaan runtuh dan anak-anak teraniaya akibatnya.

Hari ini terlalu ramai yang tanpa segan silu bermesra-mesra antara lain jantina di dalam medium seperti mesej peribadi Facebook, Instagram, dan aplikasi sepeti WhatsApp dan WeChat. Mereka yang terjebak bukan sahaja anak muda, bahkan orang dewasa, pakcik makcik , malah orang yang celik dan menyampaikan dakwah agama pun ada.

Saban hari mereka meluangkan banyak masa menaip mesej, berkongsi gambar, bergaul mesra dan bebas tanpa segan silu kerana perbuatan itu 'rahsia'. Yang wanita tanpa malu mengadu masalah pada lelaki tanpa kira status bujang, berkahwin, ustaz, atau mat rempit. Yang lelaki, ralit melayan sehinggakan lupa ada anak dan isteri yang tak pernah pun ditanya apa khabarnya. Paling sedih, wanita-wanita gaya muslimah tudung litup,kata-kata bersulam ayat agama, lelaki-lelaki berpenampilan ustaz dengan ayat Quran di bibir dan jari, pun ramai melakukan perkara ini.

Kategori Cabaran:Kekeluargaan – Suami Isteri, Kekeluargaan – Penjaga & Anak, Sosiologi, Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.