Tadabbur Ringkas Surah Surah Al-Asr (Masa) ayat 1-3
Ini ialah dari Shamsul – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Al-Asr (Masa) Ayat 1-3
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebenaran serta berpesan-pesan pada kesabaran.”
Tazakkur
Di akhir zaman ini, dengan canggihnya teknologi dan pelbagai applikasi yang telah diinstall dalam smartphone, kebanyakan manusia membazirkan masanya bersama smartphone termasuklah saya. Oleh itu, saya perlu mengehadkan masa bersama phone agar masa yang telah diberikan oleh Allah selama 24 jam sehari tidak disia-siakan. Jika hendak menggunakan phone, saya perlu memanfaatkannya dengan dengan sebaiknya seperti mengajak utk beramal soleh, istiqamah berpesan-pesan kepada kebaikan dan sabar menghadapi cabaran menyampaikan kebaikan ini. Waallahu a’lam.