Tadabbur Ringkas Surah Surah Ar ra’d ayat 22
Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Ar ra’d Ayat 22
Mesej yang terkandung di dalam surah Ar ra’d ayat ke 22 ialah Allah menegaskan tentang sifat sabar yang mana perlu ada dalam ciri ciri ulul albab . Sabar dari sudut beribadah kepada Allah dalam mencari keredhaan Nya , menginfakkan harta ke jalan Allah dan menolak kejahatan dengan cara yang baik. Kerana setiap kebaikan perlu disertakan dengan kesabaran untuk memperolehi sebaik baik balasan di akhirat kelak .
Tazakkur
Sesungguhnya orang yang sabar benar benar kerana Allah swt dalam apa juga perkara yang dilakukan nescaya akan mendapat sebaik baik balasan di akhirat kelak.