Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah Ar-Ra’du ayat 22

Ini ialah dari Anis – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah Ar-Ra’du Ayat 22
Mesej yang saya dapat daripada ayat ini adalah golongan-golongan ini akan mendapat sebaik-baik balasan di akhirat kelak iaitu golongan yang bersabar, menjaga solat, menginfakkan rezeki serta menolak kejahatan dengan kebaikan.

Tazakkur
Pertama sekali, bersabar dalam ketaatan dan menjauhi maksiat untuk meraih redha Allah. Kedua, menjaga solat yakni kualiti solat seperti solat diawal waktu dan menjaga kekhusyukkan dalam solat. Ketiga, meninfakkan rezeki Allah melalui pemberian zakat mahupun sedekah yang boleh dilakukan secara terbuka (untuk menjadi ikutan orang ramai) atau secara rahsia (untuk mengelakkan perasaan riak dan ujub dalam diri). Terakhir, membalas kejahatan dengan kebaikan yang dapat mendidik kita untuk lebih mensyukuri kehidupan yang Allah berikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.