Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Ali Imran ayat 191

Ini ialah dari Nana – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Ali Imran Ayat 191
Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana yang telah menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kebesaranNya. Allah menyuruh kita berfikir dan melihat tanda-tanda kekuasaan Allah seperti siang dan malam bersilih ganti tanpa terlewat sedikitpun. Mereka yang mempunyai akal yang sempurna dan bersih mengetahui banyak hal secara terang dan nyata. Allah s.w.t Maha suci yang tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Sebagai golongan yang berfikir, kita kena yakin sepenuhnya terhadap perkara yang telah diizinkan oleh Allah s.w.t.

Tazakkur
Peringatan dalam ayat ini, kita mestilah sentiasa mengingati Allah s.w.t. walau apapun keadaan kita, susah mahupun senang. Yakinlah pada tiap kejadian bahawa Allah yang Maha Mengatur segalaNya dengan kebijaksanaan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.