Tadabbur Ringkas Surah Luqman ayat 12
Ini ialah dari NabiLah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Luqman Ayat 12
Mesej yang disampaikan dalam ayat ini tentang Allah mengatakan kepada luqman supaya bersyukur kepada Allah dan barang siapa yang bersyukur, maka pahala bersyukur itu akan dikembalikan kepada dirinya sendiri. Dan jika sesiapa yang tidak bersyukur, maka Allah tidak rugi apa apa kerana Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji
Tazakkur
Antara peringatannya ialah, sebagai muslim kita sepatutnya bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan, termasuk nikmat bernafas, makan dan lain-lain. Bahkan, nikmat yang Allah beri itu lebih banyak berbanding dengan ujian yang Dia berikan.