Tadabbur Ringkas Surah Surah Al-Lail ayat 5

Ini ialah dari Nmaisaratul – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah Al-Lail Ayat 5
Kebaikan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Walaupun kebaikan yang dilakukan hanya lah kecil atau sedikit, namun apabila ianya dilakukan hanya semata-mata kerana Allah.. nescaya Allah akan kurniakan nikmat dan kemudahan di syurga kelak. Pada masa yang sama, harta dunia yang banyak dan sifat bakhil tidak dapat menolong kita di akhirat. Tetapi bekalan dari amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan ketika hidup di dunia seperti amalan sedekah, bantu membantu sesama umat Islam dapat menolong kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Tazakkur
Nikmat kemewahan yang dikurniakan Allah kepada kita perlulah kita menggunakannya dengan baik iaitu dengan memberi sedekah, membantu golongan yang memerlukan dan tidak juga lupa untuk membantu kedua ibu bapa dan saudara-saudara Islam kita yang sedang jihad. Kadang-kadang, walaupun kebaikan yang kita lakukan orang tidak nampak, tidak mengapa. Cukup Allah sahaja yang tahu dengan kebaikan yang kita lakukan kerana Allah lah yang maha memberi segala nikmat dan Pencipta kepada seluruh alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.