Tadabbur Ringkas Surah al insaan ayat 1
Ini ialah dari Afrina – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah al insaan Ayat 1
Allah menggambarkan kepada manusia bahawa pada suatu masa dahulu manusia ini bukan apa-apa. Malah tidak disebut langsung oleh mana-mana makhluk pada suatu masa tersebut. Allah membuka surah ini dengan soalan untuk manusia berfikir dan sedar akan hakikat sebenar seorang manusia yang begitu lemah dan rendah. Allahlah yang menciptakan manusia dari tiada apa-apa kepada ada apa-apa
Tazakkur
peringatannya, janganlah kita sebagai manusia bersikap angkuh dan sombong berjalan dibumi Allah lebih lebih lgi sombong terhadap Allah.