Tadabbur Ringkas Surah al insaan ayat 2
Ini ialah dari Afrina – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah al insaan Ayat 2
Allah berfirman bahawa manusia ini terhasil daripada air mani yang bercampur atau pun boleh difahami menerusi sains iaitu air mani mempunyai DNA dan itulah yg Allah mksudkan dengan bercampur kerana DNA yang menentukan sifat manusia. Kemudian Allah menyambung dgn memberitahu bahawa Allah akan menguji manusia setelah kelahirannya iaitu setelah manusia itu lahir ke bumi. Allah juga memberikan kelebihan kepada manusia iaitu mendengar dan melihat agar manusia itu menggunakan nikmat tersebut digunakan ke arah yg benar dn mendapat keredhaan Allah
Tazakkur
peringatan yang terdpat dlm ayat adalah janganlah kita mudah putus asa dlm mengharungi kehidupan yang telah dijanjikan oleh Allah mempunyai bnyk ujian ini. Sentisalah sabar dan mengharapkan pertolongan Allah dlm apa jua keadaan. Kemudian, kita perlu sentiasa bersyukur akan nikmat yg telah diberikan oleh Allah semasa kita didunia. Ada manusia yg diuji dgn tidak mndapat nikmat trsebut. Maka, apabila kita diberi nikmat itu, ianya juga adalah ujian utk kita mnggunkannya ke arah yg betul. Tindakan saya drpd ayat ini adalah saya akan sentiasa mengajar diri utk bersabar dgn segala ujian yg Allah turunkan kepada saya dan memohon agar Allah kurniakan rahmat kpd saya utk mengharungi ujian trsebut.