Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Ar Ra’du ayat 22

Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Ar Ra’du Ayat 22
Orang yang mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dengan sabar. Ada sesetengah yang merasakan perintah Allah itu berat, namun ada yang sabar dalam mengerjakannya kerana hendak mencari redha Allah.

Mereka dapat mengerjakan solat walau dalam keadaan mana pun, mereka infak dari apa yang Allah berikan kepada mereka serta mereka menolak kejahatan dengan kebaikan.

Mereka ini akan mendapat kesudahan yang terbaik, kesudahan yang baik itu tentunya di akhirat kelak di mana mereka diberikan tempat tinggal di syurga dan mendapat nikmat yang mereka dambakan.

Tazakkur
Barangsiapa yang melakukan kebaikan seperti mengerjakan solat, infak dari apa yang Allah berikan pada mereka serta menolak kejahatan dengan kebaikan akan diberikan ganjaran yang terbaik di akhirat. Yakni ditempatkam di syurga dan mendapat apa yang mereka dambakan.

Sesungguhnya melakukan amal ibadah bukanlah suatu perkara yang mensia-siakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.