Tadabbur Ringkas Surah Surah al-imran ayat Ayat 5
Ini ialah dari Athirah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah al-imran Ayat Ayat 5
Mesej dalam ayat ini ialah Allah maha mengetahui segala sesuatu. Tiada perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya sama ada di bumi mahupun langit.
Tazakkur
Ayat ini mengingatkan kita bahawa segala perbuatan dan tingkah laku kita diketahui oleh Allah walaupun kita lakukannya secara tersembunyi.
Allah mengetahui semua perkara yang terjadi. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.
Ayat ini mengingatkan kita supaya selalu melakukan kebaikan dan jauhi kemungkaran kerana diri kita sering diperhatikan tanpa kita sedar.