Tadabbur Ringkas Surah Surah al nisa ayat 6
Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah al nisa Ayat 6
Allah menegaskan dalam ayat ini berkaitan pemberian hak harta kepada anak yatim . Allah menyatakan apabila anak yatim itu telah telah cerdik untuk menjaga hartanya , maka berikanlah kepada dia hak yang sepatutnya dengan betul dan jangan sesekali kamu (penjaga anak yatim) mengambil harta mereka melainkan atas keizinan , sesungguhnya Allah murka sesiapa yang mengambil harta anak yatim sesuka hati.
Tazakkur
Barangsiapa yang melampaui batas dalam mengambil(makan harta anak yatim) ingatlah bahawa segala perbuatan yang dilakukan semua dibawah penguasaan Allah. Sesungguhnya azab Allah itu pedih