Tadabbur Ringkas Surah Surah ar-Ra’du ayat 24
Ini ialah dari Siti – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah ar-Ra’du Ayat 24
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu
Tazakkur
Daripada ayat ini, dapat saya simpulkan bahawa, ayat ini berkait rapat dengan ayat sebelumnya. Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa sabar akan diberi ganjaran di akhirat kelak kerana kesabarannya. Oleh itu, kita hendakalh sentiasa bersabar apabila menghadapi ujian Allah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.