Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Al-An’am ayat 92

Ini ialah dari NabiLah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Al-An’am Ayat 92
Mesej yang terkandung dalam ayat ini ialah Allah menjelaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang mulia, kitab yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw, seperti kitab taurat yang diturunkan kepada nabi Musa. Al-Quran mempunyai banyak faedah juga bernilai dan boleh digunakan sepanjang zaman. Disamping itu, al-Quran menjadi petunjuk dan sebagai pembenar kepada kitab terdahulu dalam urusan tauhid bagi membetulkam kesyirikan dan mempunyai hukum2 syara’ yang boleh digunakan sepanjang zaman. Allah menurunkan kitab al-Quran kepada nabi supaya memberi peringatan kepada kaum Quraisy di seluruh kota mekah dan seluruh pelusuk dunia. Maka, orang yang beriman akan beriman dengan al-Quran dan taat melakukan suruhanNya.

Tazakkur
Peringatannya atau tindakan ialah teruslah menyampaikan perkara yang benar melalui al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang dirujuk di dalam pelbagai ilmu. Al-Quran menjadi peringatan bagi umat manusia yang sentiasa terleka dan lalai. Berpegang teguh pada ajaran yang benar dan jangan sesekali berpaling pada kitab yang benar yakni al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.