Tadabbur Ringkas Surah Surah al hujurat ayat 2-3
Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah al hujurat Ayat 2-3
Allah menceritakan dalam ayat ini berkaitan dengan adab ketika bercakap. Allah menegaskan kepada orang orang yang beriman janganlah kamu sesekali meninggikan suara(suara lantang) semasa bercakap dengan Nabi . Larangan ini supaya amal kebaikan kamu tidak dihapuskan akibat perbuatan kamu
Tazakkur
Sesungguhnya orang orang yang merendahkan suaranya ketika disisi Rasulullah merupakan orang orang yang telah dibersihkan hatinya oleh Allah untuk bertaqwa. Mereka juga beroleh keampunan dan pahala yang besar.