Tadabbur Ringkas Surah Surah saad ayat 29
Ini ialah dari Rabiahtul Adawiah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah saad Ayat 29
Tadabbur dalam ayat al quran ini adalah menyatakan bahawa al quran ini mempunyai banyak kebaikan dan ilmu yang terdahulu mahupun yang akan datang telah diceritakan di dalam kitab ini. Al quran juga telah membawa petunjuk kepada orang-orang yang beriman kepada Allah. Al quran juga merupakan penawar bagi perubatan islam. Al quran juga menyatakan hukum hakam yang dilarang oleh Allah kepada manusia.
Tazakkur
Allah menyuruh orang yang berfikir dan menghayati ayat-ayat alquran dan mentadabbur surah-surah yang diturunkan oleh Allah. Maka dengan mentadabbur ini sebagai orang yang berfikir, mereka akan berasa kagum dengan ayat-ayat Allah yang menceritakan pelbagai kisah di dalam al quran