Tadabbur Ringkas Surah Fussilat ayat 54
Ini ialah dari Nur – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Fussilat Ayat 54
Allah swt berfirman:
Ingatlah❗ Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak – ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah❗Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.
Tazakkur
Orang yang sentiasa melakukan perkara yang kufur akan meragui untuk bertemu dengan Allah Swt di akhirat kelak. Kerana Allah Swt mengetahui segala perkara atau kejadian yang akan berlaku.