Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Al Kahfi ayat 2

Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Al Kahfi Ayat 2
Tetapi Dia menjadikannya sebagai kitab yang lurus, tidak saling bertentangan dan berbeza, untuk memperingatkan orang-orang kafir akan azab yang sangat pedih dari Allah -yang telah menanti mereka, dan memberikan kabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapatkan ganjaran pahala yang baik, yang tidak akan ditandingi oleh jenis ganjaran apapun. Gambaran tersebut ada di akhirat kelak.

Tazakkur
Peringatan serta khabar buat hamba Allah tentang hari akhirat kelak. Bagi yang beriman dan beramal akan diberi ganjaran pahala. Manakala menjadi peringatan buat orang kafir akan azab pedih yang menanti mereka. Sesungguhnya perkara ini termaktub di dalam Al-Quran sebagai kitab yang lurus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.