Tadabbur Ringkas Surah ali imran ayat 190
Ini ialah dari Nurul – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah ali imran Ayat 190
ayat ini menjelaskan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam secara silih ganti, terdapatnya tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal. Orang-orang ini adalah orang yang sentiasa berfikir tentang penciptaan Allah meskipun pada waktu itu dia sedang berdiri, duduk, dan berbaring. Secara mudah untuk difahami ialah mereka sentiasa memikirkan kekuasaan Allah walau dimana pun mereka berada dan sedang berbuat apa. Mereka sentiasa mensyukuri dengan segala ciptaan Allah.
Tazakkur
orang yang berakal berdoa supaya Allah pelihara mereka daripada siksa azab api neraka kerana mereka mengetahui bahawa segala ciptaan Allah itu mempunyai hikmah dan makna kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu untuk dipersiakan..