Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Ali imran ayat 30

Ini ialah dari Nuraqilah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Ali imran Ayat 30
Sesungguhnya pasti akan tiba hari yang mana setiap orang akan mendapatkan balasan atas setiap perbuatan mereka sama ada perbuatan baik ataupun jahat. Namun manusia itu mengharapkan bahawa jaraknya dgn hari pembalasan itu amatlah jauh dan Allah telah memberi peringatan kepada sekalian hambanya akan azab siksaNya. Sesungguhnnya Allah jualah yang Maha penyayang akan hamba hambanya.

Tazakkur
Sebagai hamba Allah kita mestilah sentiasa ingat bahawa setiap tindakan dan perbuatan yang kita lakukan di dunia ini pasti akan diperhitungkan di akhirat kelak dan sesungguhnya Allah telah memberi peringatan kepada hamba hambaNya akan azabNya yang pedih supaya hambanya sentiasa beringat ingat dan menjauhi maksiat. Sesungguhnya Allah itu Maha penyayang terhadap hamba hambanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.