Tadabbur Ringkas Surah Surah An Nas ayat 2
Ini ialah dari Anis – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah An Nas Ayat 2
“Maliki an-naas” iaitu Raja yang mempunyai kekuasaan yang tertinggi terhadap manusia, kekuasaanNya sangat sempurna, Dia-lah Allah Azza wa Jalla. Al-Malik adalah Tuhan Yang Berkuasa, Yang menentukan keputusan, Yang mengambil tindakan
Tazakkur
Pengakuan terhadap Allah Ta’ala sebagai raja manusia yang sebenarnya dan penguasa manusia yang sebenarnya bagi mereka untuk selalu tunduk dan menyerahkan hak menentukan halal dan haram hanya kepada-Nya. Jika manusia menyelisihi hal ini dengan menyerahkan hak menetapkan keputusan halal-haram kepada manusia tanpa merujuk dan menyesuaikannya dengan ketentuan Allah Ta’ala, bererti ia telah melakukan perbuatan syirik.