Tadabbur Ringkas Surah Yasin ayat 76
Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Yasin Ayat 76
Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;
Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat. Sebab itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.
Tazakkur
Ada sedikit tips yang telah saya baca dan dapati.
Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Bacalah sambil pegang dada.
Sesungguhnya kita bergantung harap pada Dia yang mencipta kita.