Tadabbur Ringkas Surah Al kafirun ayat 1-6
Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al kafirun Ayat 1-6
Dalam aspek penyembahan. Bahawa, antara Nabi Sallallahu’alaihiwasallam dan orang mukmin dengan golongan kuffar tiada titik pertemuan dalam aspek penyembahan. Sesungguhnya golongan mukmin hanya menyembah atau mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala yang Maha Esa. Mereka tidak mempersekutukan-Nya. Manakala golongan kuffar pula menyembah sembahan yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Mereka menyembah berhala, patung, sesama manusia, malaikat, bintang dan berbagai lagi sembahan yang terdapat dalam ajaran mereka.
Tazakkur
Surah ini memutuskan harapan orang kafir untuk memujuk Rasul Sallallahu’alaihiwasallam agar berkompromi dengan mereka dalam aspek penyembahan, peribadatan dan din.