Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah al takathur ayat 1-8

Ini ialah dari Atikah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah al takathur Ayat 1-8
Kita perlu menyedari bahawa kita sedang dilalaikan dengan perbuatan berlumba-lumba atau bermegah-megah dalam kehidupan kita kini. (Bermegah dalam banyaknya harta, bilangan anak-anak, pangkat dan pengaruh). Kita berfikir dan menghabiskan masa kita berusaha untuk memperbanyakkan penyokong, undian dan bermegah pula dengan sokongan dan undian tersebut.

Tazakkur
Segala diatas muka bumi dan alam ini berlaku kerana perintah, izin dan redha Allah SWT.. Jangan sesekali kita merasakan bahawa kejayaan selama ini adalah kerana kerja kita yang hebat. Tetapi hanya dengan bantuan dan keredhaan ALLAH semata-mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.