Tadabbur Ringkas Surah Surah Al Qasas ayat 84
Ini ialah dari Noriah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Al Qasas Ayat 84
Pada hari pembalasan Allah akan memberi balasan terhadap apa yang dikerjakan masa di dunia.Tiada sesuatupun yang dapat disembunyikan.Allah Ya Adzhim Ya Hakim
Tazakkur
Ingat Noriah
Masa kesempatan masih ada terus buat kebaikan dan elak buat kejahatan.
Setiap perkara yghendak dibuat fikir dahulu apa impaknya kepada akhirat
Petunjuk
Jelas bahawa pada hari pembalasan tiada satupun yang boleh disembunyikan.
Mesti rancang dan laksanakan kebaikan dan niat kerana Allah semata-mata agar ianya menjadi amal soleh.
Penawar..
Lega rasanya.Allah Maha Teliti…Allah Maha Penyanyang
Rahmat
Ya Allah Ya Rahman
Bantulah hambaMu ini agar tidak termasuk dalam kalangan orang yang rugi di akhirat.
Anugerahkan ku istiqomah belajar..beribadah dan berdakwah dan jadikan segala amalan ini amalan yang diterima di sisiMu ya Allah.Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi..Engkau Al Khaliq..Al Aziz..
Aamiin Ya Mujib