Tadabbur Ringkas Surah Surah Al Isra’ ayat 34
Ini ialah dari Noriah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Al Isra’ Ayat 34
Janji kepada Allah dan sesama manusia mesti ditepati.
Tidak sempurna agama selagi tidak jaga amanah dan janji
Tazakkur
Ingat! Hargai setiap perkataan dan jaga setiap janji yang diberi .Janji memberi impak kepada pegangan agama seseorang .
Petunjuk
Jelas bahawa setiap janji sebagai hamba Allah mesti diusahakan agar ditepati kerana ianya berkaitrapat dengan iman dan taqwa.
Penawar
Lega bahawa Allah telah memberi peringatan dan petunjuk awal agar diri ini tidak leka.
Rahmat
Ya Allah ! Ampunkan segala dosaku .Tunjukkanlah aku jalan yang lurus yang dapat membawa diri dan keluarga serta semua sahabat dan umat ke Syurga .Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. Aamiin ya Mujib.